RESIPI MASAKAN NASI

Saturday, February 05, 2005

RESIPI NASI BERIANI GAM

BAHAN-BAHANNYA
600g daging ( dipotong )
10 g halia
25 g bawang putih
30 g rempah beriani
beberapa helai daun pudina
halia, bawang putih dan daun pudina ( dikisar)
Daging digaul sehingga rata dengan rempah beriani dan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Bahan-bahan untuk daging
3 biji bawang besar( dikisar)
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pala
Susu cair
Kulit kayu manis
Minyak masak (utk. menumis)
garam

Bahan-bahan untuk nasi beriani
500 g beras
3 sudu besar minyak sapi
2 biji bawang besar
2 kuntum bunga cengkih
20 g buah gajus
20 g buah kismis
2 ulas bawang putih
2 biji buah pelaga
halia
kayu manis
sedikit air mawar (utk. mewangikan nasi)

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang, bunga cengkih, buah pala dan kayu manis sehingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan daging yang telah tadi dan kacau hingga menjadi kering.
4. Masukkan pula susu dan garam ke dalam kuali dan kacau sehingga menjadi kering.
5. Untuk membuar nasi beriani pula, panaskan minyak sapi.
6. Tumis halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bawang putih dan bawang besar yang telah di kisar tadi sehingga kekuningan.
7. Kemudian masukkan beras dan air secukupnya
8. Masak nasik sehingga tiga suku masak.
9. Kemudian masukkan ini ke dalam periuk daging tadi dan tutup periuk.
10. Masak sehingga bebetul masak.

1 Comments:

Post a Comment

<< Home